8 Dec 2021, 09:29 UTC323 viewsread 7 August 2026 Assalamualaikum, hi korang sahabat semua, nak mintak jasa baik untuk like dan spam komen di video Youtube ini bagi markah assignment kami.
.
Youtube Link:
https://youtu.be/3JbBCZMZVis
.
Ajak members korang sekali bantu kami cukupkan 100 like🥺
.
Murah rezeki sahabat semua🤲🏻 semoga dipermudahkan urusan korang juga, terima kasih.
Signed Wan Muhd Firdaus
11 Sept 2021, 13:26 UTC378 viewsread 7 August 2026 Forwarded from @MizanXpertLegacy
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Adakah harus orang Islam meminati pelakon atau penyanyi yang bukan Islam dan adakah ini dinamakan menyerupai orang bukan Islam?
JAWAPAN: Tidak haram orang Islam suka kepada sesuatu yang tidak haram yang dilakukan oleh orang kafir seperti sukakan melihat kepandaiannya bermain bola atau kehebatannya melukis atau bakatnya berlakon.
Yang diharamkan ialah meniru perangai orang kafir yang dimina…
Signed wnmuhdfirdaus
10 Sept 2021, 13:46 UTC220 viewsread 7 August 2026 Forwarded from @MizanXpertLegacy
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Ketika seorang sedang duduk membaca tahyat kemana matanya kena lihat dan masa mana angkat jarinya?
JAWAPAN: Ketika duduk membaca tahyat disunatkan meletakkan kedua tapak tangannya di atas pahanya dan digenggam jari kanannya melainkan jari telunjuknya diluruskan mengadap kiblat.
Apabila membaca syahadah maka diangkat jari telunjuk sampai kepada salam.
Ada pun matanya hendaklah ditumpukan k…
Signed wnmuhdfirdaus
9 Sept 2021, 12:01 UTC152 viewsread 7 August 2026 Forwarded from @MizanXpertLegacy
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Adakah boleh membawa masuk ke dalam tandas telefon pintar yang ada di dalamnya aplikasi Quran?
JAWAPAN: Dilarang membawa suatu yang ada tertulis padanya ayat-ayat Quran atau hadis atau nama-nama Allah dan yang seumpamanya.
Oleh itu jika ada di dalam telefon seseorang aplikasi Al-Quran dan hendak dibawa masuk ke dalam tandas nescaya hendaklah ditutup dahulu sampai hilang segala ayat-ayat Qu…
Signed wnmuhdfirdaus
8 Sept 2021, 12:02 UTC139 viewsread 7 August 2026 Forwarded from @MizanXpertLegacy
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Saya seorang isteri yang bekerja dengan izin suami saya dan mempunyai pendapatan bulanan. Yang menjadi persoalan ialah suami saya membuat peraturan yang mana dia akan simpan separuh dari gaji yang saya terima dan separuh lagi untuk perbelanjaan tapi saya tidak setuju.
Adakah suami berhak atas duit isteri?
JAWAPAN: Peraturan syarak menetapkan dalam pendapatan isteri itu suami tidak ada hak …
Signed wnmuhdfirdaus
7 Sept 2021, 12:02 UTC116 viewsread 7 August 2026 Forwarded from @MizanXpertLegacy
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Benarkah makruh orang yang belum mandi hadas besar tidur dengan tidak ambil wuduk?
JAWAPAN: Barangsiapa yang junub ia pada malam maka yang afdhal dia mandi hadas sebelum tidur supaya tidur ia dalam keadaan suci daripada hadas akan tetapi jika dia belum mahu mandi kerana berhajat mandi pada waktu subuh nescaya tidaklah berdosa akan tetapi sunat dia mengambil wuduk untuk tidur pada malam itu.…
Signed wnmuhdfirdaus
6 Sept 2021, 12:01 UTC94 viewsread 7 August 2026 Forwarded from @MizanXpertLegacy
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Ketika seorang itu sedang junub diharamkan membaca Quran. Bagaimana kalau orang yang junub itu berzikir adakah diharamkan juga?
JAWAPAN: Harus hukumnya disisi syarak berzikir menyebut Allah bagi orang yang sedang berhadas besar seperti junub, haidh dan nifas kerana sungguhnya perintah berzikir itu datang ia secara mutlak tanpa ada dikaitkan dengan berhadas atau suci.
Dan adalah Nabi SAW se…
Signed wnmuhdfirdaus
5 Sept 2021, 12:01 UTC78 viewsread 7 August 2026 Forwarded from @MizanXpertLegacy
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Adakah tersenyum ketika mengerjakan solat itu boleh membatalkan solat?
JAWAPAN: Tersenyum ketika menunaikan solat itu tidak termasuk perkara yang membatalkan solat disisi jumhur ulamak.
Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah:
قال ابن المنذر(أجمع كل من نحفظ عنه من أهل العلم – غير ابن سيرين – على أن التبسم في الصلاة لا يفسدها).
وقال ابن قدامة(وأكثر أهل العلم على التبسم لا يفسدها – أي لا…
Signed wnmuhdfirdaus
3 Sept 2021, 12:07 UTC72 viewsread 7 August 2026 Forwarded from @MizanXpertLegacy
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Ada sesetengah orang kafir yang mengeluarkan perkataan yang batil tentang agama Islam tetapi ada sesetengah orang Islam yang turut bersetuju dengan mereka.
Apakah hukumnya orang Islam ini disisi syarak?
JAWAPAN: Orang Islam dilarang duduk bersama orang yang mempersendakan agama Islam atau yang mengeluarkan perkataan yang dusta dan karut. Perkataan yang maksiat atau dosa atau yang mengkafir…
Signed wnmuhdfirdaus
2 Sept 2021, 12:01 UTC64 viewsread 7 August 2026 Forwarded from @MizanXpertLegacy
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Apakah hukumnya apabila dibina sebuah masjid lalu diletakkan nama orang yang membinanya atau yang mewakafkannya atau seumpamanya?
JAWAPAN: Harus hukumnya meletakkan nama masjid dengan nama seseorang samada orang tersebut yang membinanya atau yang mewakafkannya atau yang memilik tanahnya atau seorang yang lain sekalipun dia seorang yang kaya asalkan bukan bertujuan riak dan bermegah-megah.
…
Signed wnmuhdfirdaus
1 Sept 2021, 12:05 UTC56 viewsread 7 August 2026 Forwarded from @MizanXpertLegacy
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Apakah maksud ulul azmi dari kalangan para Rasul? Siapakah mereka?
JAWPAN: Yang dikehendaki dengan perkataan Ulul Azmi dari kalangan mereka itu ialah segala Rasul yang kuat kesabaran, ketetapan dan kuat menanggung segala macam ujian dalam meninggikan agama Allah. Apa yang mereka tanggung dari ujian adalah lebih berat dari yang ditangggung oleh selain para Nabi dan Rasul.
Maksud perkataan a…
Signed wnmuhdfirdaus
31 Aug 2021, 12:01 UTC53 viewsread 7 August 2026 Forwarded from @MizanXpertLegacy
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Benarkah orang yang sihat dimakruhkan solat sunat dalam keadaan duduk?
Jika orang yang sakit terpaksa solat dalam keadaan duduk adakah benar bahawa dia hanya mendapat separuh sahaja pahalanya?
JAWAPAN: Orang yang sihat tetapi dia solat dalam keadaan duduk maka perbuatannya itu adalah harus bukannya makruh tetapi jika dia solat dalam keadaan berdiri maka ialah yang afdhal.
Orang yang dapat…
Signed wnmuhdfirdaus
Showing the 12 most recent of 20 posts we hold for @thegadiskhayalan. View and reaction counts are the latest single reading for each post, not a live figure, and a recent post is still accumulating both. A view count marked ≈ was rounded by Telegram before we ever saw it — t.me prints views in full below 1,000 and to three significant figures above, so ≈1,200,000 means somewhere between 1,150,000 and 1,249,999. Unmarked counts are exact. Text is reproduced from the public post preview and truncated for length.