2 Aug 2026, 16:06 UTC15 views3 reactionsread 9 August 2026 Sudah terlalu lama, pena takku layangkan lagi semenjak sang ilham pergi -- seolah merajuk dengan keenggananku untuk mengajaknya berbual seperti dulu.
Terlalu pantas masa berlalu, ya Allah, sudah 7 bulan ku biarkan ruang ini berdebu ya? 🥹
Terima kasih buat setiap penghuni kamar kecil ini, yang tetap ada di sini. Terima kasih kerana tetap setia. Sama ada kalian masih menanti, atau mungkin kalian sudah lupa bahawa ka…
🕊3
6 Jan 2026, 18:19 UTC86 views1 reactionsread 9 August 2026 Cerita kita takkan pernah sama dengan yang lain,
Kerana indahnya setiap cerita disusun adil oleh yang Maha Cinta.
Kau mendambakan hidup seindah ' mereka ' , di saat insan lain mencemburui apa yang kau ada.
Kau ingin sebahagia ' mereka ' , sedangkan kau tak sedar betapa keras mereka menyembunyikan setiap luka yang tak mahu mereka ceritakan pada dunia.
Kau mahukan nikmat ' mereka ' sedangkan berjuta manusia berdoa ,…
❤1
6 Dec 2025, 18:09 UTC81 views1 reactionsread 9 August 2026 Berbuat lah kebaikan hanya kerana Allah,
Agar di saat reaksi atau penghargaan manusia tidak sejajar dengan apa yang kita beri,
Setidaknya kita tahu ada Dia yang akan membalas segalanya.
Ada Dia yang sentiasa melihat, dan mengira.
Ada Dia yang tak pernah lupa,
Dan ada Dia yang tak pernah melupakan jasa.
Buatlah segala apa hanya kerana Dia,
Kerana itu saja jalannya agar hatimu selamat dari kecewa -- berharap pada yan…
❤1
5 Dec 2025, 13:57 UTC79 viewsread 9 August 2026 Kadang, Allah kirimkan ujian bukan tujuannya agar kita berteman dengan luka mahupun kecewa, namun hanya saja itu caranya Dia memujuk kita untuk lebih banyak bercerita, mengadu dan berdoa pada-Nya.
Kadang,
Ada sesetengah manusia yang Allah tahu, kalau dia diberikan segala nikmat yang ada, maka lebih mudah untuknya alpa dan lupa.
Lebih mudah selesa, nyaman hingga tak lagi ada rasa berharap pada-Nya.
Terlalu tenang hin…
12 Oct 2025, 17:22 UTC77 viewsread 9 August 2026 Photo
Photo, posted without a caption
17 Sept 2025, 13:44 UTC111 views4 reactionsread 9 August 2026 Dan pada sesetengah hal yang terpaksa kita lepaskan dengan atau tanpa rela,
Di saat ada tangisan yang tumpah kerana jiwa tak redha dengan kehilangannya.
Dan untuk setiap penyesalan yang sempat singgah di hati yang belum ikhlas menerima takdir - Nya.
Benar, kehilangan itu sungguh memedihkan.
Benar, pemergian itu sememangnya sesuatu yang menyakitkan.
Benar, perpisahan itu adalah sesuatu yang benar-benar melukakan. Bah…
❤3🕊1
24 Aug 2025, 08:27 UTC115 views4 reactionsread 9 August 2026 Perlahan-lahan.. seiring masa
kita akan belajar menerima hakikat bahawa tak semua yang ada dengan kita dari awal akan kekal untuk kita sampai bila-bila.
Seiring berjalannya waktu,
Usia kita akan bertambah,
Dan jalan cerita hidup kita akan berubah.
Semua yang kita sayang, cinta ataupun selesa
Tetap akan pergi bila sudah sampai masanya.
Yang perlu kita terima kehilangan itu mungkin sahabat terbaik yang sentiasa ada…
❤2🕊2
27 Jul 2025, 14:25 UTC106 views1 reactionsread 9 August 2026 Permulaan kisah --
27 Julai 2022.
Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke-tiga, Rontaan Bisu.
Terima kasih, kerana sentiasa menjadi salah satu teman yang paling setia.
Terima kasih kerana sentiasa menjadi ruangan paling damai untuk aku berbagi cerita, menyampaikan rasa, dan meluahkan segala sesak yang menghimpit di dada.
Terima kasih kerana selalu ada di situ, meskipun tak lagi sering aku menyapamu dengan cerit…
❤1
26 Jul 2025, 16:15 UTC96 views2 reactionsread 9 August 2026 Dan di saat kamu sudah merasa dugaanmu yang paling perit,
Namun tiba-tiba Allah mengirimkan figura lain yang jauh lebih menderita, lebih merana, dan lebih lara daripadamu,
di saat itu kamu akan tersedar bahawa nyatanya Allah itu tidak pernah kejam kepadamu. Hatta sesaat pun, Dia tidak pernah menzalimi mu.
Ujian yang Dia titipkan hanya sekecil hama,
Namun mengapa terlalu berat tuk berterima kasih atas jutaan nikmat…
❤2
6 Jun 2025, 16:32 UTC123 views4 reactionsread 9 August 2026 Sayu rasanya, tatkala mata melihat pada insan yang mungkin pernah dikagumi kerana kealimannya, keterjagaannya dalam agama, atau mungkin pada ketegasannya dalam menjaga izzah diri.. kini diuji tersasar jauh dari jalan asalnya.
Namun tatkala satu jari ingin menuding, ternampak pula akan empat jari lainnya yang sedang tajam menuding pada diri sendiri. Lantas tersentak dari lamunan seketika, rupanya aku dan dia sama sah…
❤4
19 May 2025, 15:54 UTC108 views4 reactionsread 9 August 2026 Tidurlah,
Letak dulu semua beban yang berat sangat atas bahu tu dekat lantai. Tinggal dulu malam ni , jangan tengok, jangan fikir dah.
Kalau boleh tinggal terus, biar dia terkambus kat situ. Biar dia reput kat situ.
Tapi kita tau tak semua masalah boleh hilang semudah tu kan. Tak semua masalah boleh tinggal macamtu saja. Mesti kena selesaikan, mesti kena usaikan.
Takpalah, sekarang kita letak bawah dulu. Tinggalk…
❤2🕊2
30 Mar 2025, 10:03 UTC129 views4 reactionsread 9 August 2026 Ramadhan sudah mahu pergi.
Setelah sekian waktu kehadiranmu kunanti,
Entah wujudmu sudah cukup aku hargai, atau tidak.
Namun kini, hari ini,
Kau sudah berkemas-kemas untuk pulang kembali.
Kau akan menjauh dari pelukan kami.
Ya Allah, mengapa begitu singkat serasa pertemuan kali ini?
Ya Allah, mengapa terasa lebih berat ingin kulepaskan tangannya kali ini?
Ya Allah, mengapa terasa perit nya lebih, perpisahan ini?
Ya…
😭3🕊1
Showing the 12 most recent of 20 posts we hold for @RontaanBisu. View and reaction counts are the latest single reading for each post, not a live figure, and a recent post is still accumulating both. A view count marked ≈ was rounded by Telegram before we ever saw it — t.me prints views in full below 1,000 and to three significant figures above, so ≈1,200,000 means somewhere between 1,150,000 and 1,249,999. Unmarked counts are exact. Text is reproduced from the public post preview and truncated for length.