25 Aug 2025, 20:27 UTC≈1,020 views11 reactionsread 6 August 2026 Bergembira hatiku di bulan nan suci,
Rabiul Awwal datang membawa erti.
Tiada bandingannya, tiada pengganti,
Bulan kelahiran junjungan Nabi.
Bulan bahagia, bulan mulia,
Tempat lahir insan yang utama.
Dialah rahmat, cahaya semesta,
Penghubung kita dengan Yang Esa.
Selawat dan salam takkan berhenti,
Mengalir indah bagai air di kali.
Kerana padanya tertanam janji,
Syafaat diberi di hari nanti.🌷
☕️| T.me/ainsyahmiee
❤10🕊1
23 Aug 2025, 20:30 UTC≈1,830 views14 reactionsread 6 August 2026 Bergembiralah hatiku menyambut bulan mulia,
Khabar gembira disampaikan, cahaya pun menyala.
Rabiul Awwal, bulan penuh anugerah,
Tiada bandingannya, tiada yang setara indah.
Di bulan ini lahir insan termulia,
Hamba pilihan, penghubung dengan Pencipta.🤍
☕️| T.me/ainsyahmiee
❤13🕊1
23 Aug 2025, 20:20 UTC≈1,270 views11 reactionsread 6 August 2026 Photo
Habib Umar Ben Hafidz حفظه الله berpesan supaya kita banyak membaca zikir ini pada bulan Rabi‘ul Awwal 1447H
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مِفْتَاحِ أَبْوَابِ رَحْمَاتِكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَأَهْلِ مَحَبَّتِكَ وَطَاعَاتِكَ وَتَدَارَكْ أُمَّتَهُ بِسَرِيعِ إِغَاثَاتِكَ.
“Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada pembuka pintu-pintu rahmat-Mu, iaitu junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga…
❤11
4 Aug 2025, 20:59 UTC808 views14 reactionsread 6 August 2026 أتسخر بالدعاء وتزدريه؟
وما تدري بما صنع الدعاء
سهام الليل لا تخطئ ولكن
لها أمد وللأمد انقضاء.
“Adakah engkau memperolok dan meremehkan doa, sedangkan engkau tidak tahu apa yang telah dilakukan oleh doa?
Anak panah di malam hari (doa yang dipanjatkan) tidak pernah tersasar, tetapi ia mempunyai waktu tertentu, dan setiap waktu itu pasti akan berakhir.”
•الإمام الشافعي رحمه الله تعالى•
☕️| T.me/ainsyahmiee
❤14
14 Jul 2025, 17:55 UTC998 views12 reactionsread 6 August 2026 ما علّق العبد آمالا بخالقه إلا رآها الصبح مبتهجا.
“Tidaklah seseorang hamba menggantungkan harapannya kepada Penciptanya,
melainkan dia pasti akan melihat harapan itu bersinar seperti cahaya pagi yang cerah dan menggembirakan.”
☕️| T.me/ainsyahmiee
❤12
12 Jul 2025, 17:55 UTC926 views12 reactionsread 6 August 2026 Wahai si pencela yang lantang bersuara,
sedang cela pada dirimu berlapis-lapis jua.
Berapa banyak cacat yang kau sembunyi,
tapi tetap mencari silap insan lain setiap hari.
Lihatlah cermin sebelum mengata,
kerna lidahmu mungkin tajam tak kena tempatnya.
Aib orang kau jadikan bahan bicara,
sedang dosamu sendiri tak pernah kau kira.
☕️| T.me/ainsyahmiee
❤11👏1
11 Jul 2025, 15:34 UTC839 views13 reactionsread 6 August 2026 Kau sentiasa dalam nikmat Tuhan,
sama ada senang mahupun ujian.
Jika kau dalam lapang dan tenang,
bersyukurlah — itu kunci kemenangan.
Kerna Allah janji pada yang bersyukur,
ganjaran-Nya luas, tiada yang terkubur.
Dan jika kau diuji dalam sempit dan getir,
bersabarlah — walau hati terasa getir.
Kerna ganjaran bagi yang tetap tabah,
diberi tanpa hitungan, limpah tak berubah.
☕️| T.me/ainsyahmiee
❤13
10 Jul 2025, 02:35 UTC771 views10 reactionsread 6 August 2026 اذا بكيت بجوف الليل مبتهلا
ففي الصباح باذن الله تبتسم
وان اتتك جيوش الهم غازية
فبالصلاة على المختار تنهزم.
“Jika kau menangis dalam sunyi malam,
menadah tangan di balik kelam,
maka esok pagi akan datang senyum,
dengan izin Tuhan Yang Maha Penyayang.
Dan jika sedih menyerang tanpa belas,
bagai tentera yang tak kenal lelah,
maka kirimkanlah selawat penuh kasih,
nescaya resah itu akan punah.”
☕️| T.me/ainsyahmiee
❤10
8 Jul 2025, 06:13 UTC697 views14 reactionsread 6 August 2026 وقل للنفس إن فقدت رجاها
وصار اليأس يوهنها قواها
ثقي بالله كم خافت نفوس
من الدنيا وخالقها كفاها.
“Bisikkan pada hati yang hilang arah,
Saat harapan rebah, dan jiwa makin lelah.
Jangan takut pada gelap yang datang,
Kerna Tuhan sentiasa memegang.
Percayalah pada kasih-Nya yang tak pernah sirna,
Berapa ramai jiwa pernah gentar pada dunia,
Namun Pencipta mereka cukupkan segalanya
tanpa mereka pinta, tanpa mereka duga.…
❤14
5 Jul 2025, 03:17 UTC737 views5 reactionsread 6 August 2026 File
🤲🏻 Doa Hari ‘Asyuro Habib Umar Selepas Fajr (arabic).
📆 Sabtu, 10 Muharram 1447h.
📍Dar Mustofa, Tareem.
☕️|T.me/ainsyahmiee
❤5
3 Jun 2025, 18:24 UTC≈1,020 views8 reactionsread 6 August 2026 لا دارَ للمرءِ بعد الموتِ يسكنها
إلا التي كانَ قبلَ الموتِ بانيها
فإن بناها بخيرٍ طابَ ساكنُها
وإنْ بناها بشرٍّ خابَ بانيها.
“Tiada rumah untuk seseorang selepas kematian yang dapat dia diami, kecuali rumah yang telah dia bina sebelum kematiannya.
Jika dia membinanya dengan kebaikkan, maka indahlah tempat tinggalnya. Dan jika dia membinanya dengan keburukkan, maka kecewalah orang yang membinanya.”
☕️| T.me/ainsy…
❤8
1 Jun 2025, 05:49 UTC902 views17 reactionsread 6 August 2026 خلّص نفسك من التعلّق بعيوب الآخرين،
فإن هذا من أعظم عيوبك أنت.
“Bebaskan dirimu daripada sibuk memikirkan atau mencari-cari kesalahan orang lain, kerana itu sendiri adalah salah satu daripada kesalahan terbesar dalam dirimu.”
•سيدي الحبيب عمر بن حفيظ حفظه الله•
☕️| T.me/ainsyahmiee
❤17
Showing the 12 most recent of 19 posts we hold for @ainsyahmiee. View and reaction counts are the latest single reading for each post, not a live figure, and a recent post is still accumulating both. A view count marked ≈ was rounded by Telegram before we ever saw it — t.me prints views in full below 1,000 and to three significant figures above, so ≈1,200,000 means somewhere between 1,150,000 and 1,249,999. Unmarked counts are exact. Text is reproduced from the public post preview and truncated for length.