8 Aug 2026, 12:48 UTC4 viewsread 8 August 2026 Photo
PM ucap tahniah kepada AKPS, tegaskan Malaysia tidak jadi laluan dagangan sokong Israel
KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan membenarkan negara menjadi laluan kepada dagangan yang boleh menyokong atau menyumbang kepada kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, tindakan pantas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menyita sebuah kontena…
Signed MTNews
8 Aug 2026, 11:53 UTC6 viewsread 8 August 2026 Photo
Penutupan operasi Panasonic, kerajaan negeri atur pertemuan pekerja terjejas minggu depan
SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor akan bertemu pekerja yang terjejas susulan penutupan operasi pengeluaran televisyen di Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia Sdn Bhd (PAVCKM), minggu depan bagi membincangkan bantuan serta peluang pekerjaan alternatif.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari , pertemuan itu…
Signed MTNews
8 Aug 2026, 11:29 UTC6 views1 reactionsread 8 August 2026 Photo
Galeri PETRONAS bakal buka lembaran baharu di Ombak KLCC
KUALA LUMPUR – Galeri PETRONAS bakal membuka lembaran baharu dengan berpindah ke Ombak KLCC, sekali gus terus memperkasakan seni kontemporari melalui pameran dan pengalaman kebudayaan menjelang pembukaan sepenuhnya kepada pengunjung pada akhir 2027.
PETRONAS dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebagai penyewa utama, Galeri PETRONAS akan menawarkan pengalam…
❤1
Signed MTNews
8 Aug 2026, 11:03 UTC6 viewsread 8 August 2026 Photo
Kontena disyaki bawa dagangan untuk dieksport ke Israel disita
KUALA LUMPUR – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menyita sebuah kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor, selepas disyaki membawa dagangan yang akan dieksport ke Israel, semalam.
Tindakan itu dilakukan hasil maklumat risikan sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan terhadap kontena berkenaan.
AKPS dalam satu kenyataan kepad…
Signed MTNews
8 Aug 2026, 10:53 UTC4 viewsread 8 August 2026 Photo
PH Pulau Pinang teruskan kerjasama dengan BN
GEORGE TOWN – Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang membuat keputusan meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan mengekalkan EXCO daripada gabungan berkenaan dalam kerajaan negeri.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi PH negeri, Chow Kon Yeow, selepas Mesyuarat PH Pulau Pinang di Wisma DAP, di sini hari ini.
Semalam, Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa PH Pulau…
h…
Signed MTNews
8 Aug 2026, 10:40 UTC3 viewsread 8 August 2026 Photo
PRN Melaka: BN terbuka rundingan, termasuk pertukaran kerusi – Zahid Hamidi
KUDAT – Barisan Nasional (BN) tidak menutup ruang rundingan berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk kemungkinan berlaku pertukaran kerusi antara parti.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, prinsip asas dalam rundingan ialah kerusi yang dimenangi oleh mana-mana parti perlu di…
Signed MTNews
8 Aug 2026, 10:10 UTC4 viewsread 8 August 2026 Photo
Plansworth sedia RM1 bilion untuk pertumbuhan PMKS tahun ini
KUALA LUMPUR – Sebanyak RM1 bilion diperuntukkan Planworth Global Factoring Sdn. Bhd. (Planworth) bagi pembiayaan tanpa cagaran kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tahun ini dalam usaha membantu lebih banyak syarikat tempatan mengembangkan perniagaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Planworth, Datuk Kuek Andy berkata, kemudahan berkenaan memberi t…
Signed MTNews
8 Aug 2026, 09:29 UTC5 viewsread 8 August 2026 Photo
Johari sahkan tiada Ahli Parlimen letak jawatan setakat ini
KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan tiada mana-mana Ahli Parlimen mengemukakan surat atau notis peletakan jawatan kepada beliau, setakat ini.
Memetik laporan BH Online, Johari berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatannya dalam sa…
Signed MTNews
8 Aug 2026, 08:27 UTC5 viewsread 8 August 2026 Photo
Imigresen tahan 37 warga asing dalam serbuan di restoran popular di JB
JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 37 pekerja asing ditahan atas pelbagai kesalahan selepas serbuan di sebuah restoran terkenal dengan hidangan makanan laut segar di Taman Sentosa, di sini semalam.
Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, kesemua yang ditahan dalam Ops Selera bermula 12 tengah har…
Signed MTNews
8 Aug 2026, 07:56 UTC2 viewsread 8 August 2026 Photo
RapidKL sahkan penumpang bawa minuman alkohol dalam tren
KUALA LUMPUR – Rapid KL dalam satu kenyataan hari ini mengingatkan pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) supaya mematuhi peraturan larangan makan dan minum di stesen, platform serta dalam tren kendaliannya.
Peringatan itu dikeluarkan susulan kejadian tular di media sosial membabitkan seorang individu yang didakwa membawa dan meminum arak ketika me…
Signed MTNews
8 Aug 2026, 07:20 UTC5 viewsread 8 August 2026 Photo
Fahmi ingatkan ibu bapa pantau penggunaan media sosial anak bawah 16 tahun
KUALA LUMPUR – Ibu bapa perlu memainkan peranan lebih aktif dalam memastikan keselamatan anak-anak di internet, termasuk tidak membenarkan mereka berusia bawah 16 tahun membuka akaun media sosial sendiri, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan kanak-kanak berinteraksi dengan ora…
Signed MTNews
8 Aug 2026, 07:20 UTC5 viewsread 8 August 2026 Photo
Patuh CPC, RMC atau berdepan denda tinggi – Fahmi kepada platform media sosial
KUALA LUMPUR – Platform media sosial diberi tempoh beberapa bulan untuk melaksanakan sepenuhnya Kod Keselamatan Kanak-kanak (CPC) dan Kod Mitigasi Risiko (RMC), sebelum tindakan tegas termasuk tindakan mahkamah dengan denda tinggi boleh dikenakan terhadap pengendali yang gagal mematuhinya.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berk…
Signed MTNews
Showing the 12 most recent of 20 posts we hold for @MalaysiaTribune. View and reaction counts are the latest single reading for each post, not a live figure, and a recent post is still accumulating both. A view count marked ≈ was rounded by Telegram before we ever saw it — t.me prints views in full below 1,000 and to three significant figures above, so ≈1,200,000 means somewhere between 1,150,000 and 1,249,999. Unmarked counts are exact. Text is reproduced from the public post preview and truncated for length.