20 Mar 2026, 12:13 UTC475 viewsread 10 August 2026 Beribadah Pada Malam Hari Raya
Walaupun bulan Ramadan telah berlalu meninggalkan kita, jangan kita leka dengan kesibukan persiapan hari Raya, sehingga terlupa bahawa Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu perayaan besar bagi umat Islam. Maka kita teruskan momentum ibadah kita pada malam raya kerana daripada Abi Umamah, daripada Nabi ﷺ bersabda:
"Sesiapa yang beribadah pada dua malam Raya semata-mata kerana ingin…
Signed iqie
18 Mar 2026, 22:06 UTC447 viewsread 10 August 2026 Nafahāt Ramaḍān 27
Adab Bersedekah
7. Tidak meremehkan sekecil-kecil sedekah.
Sabda Rasulullah SAW:
Tiada seorang pun daripada kamu melainkan Tuhannya akan berbicara dengannya. Tiada antara dia dengan-Nya penterjemah, dan tiada juga hijab yang menghalanginya. Lalu dia melihat ke sebelah kanannya, maka dia tidak melihat melainkan apa yang telah dia lakukan. Dia melihat ke sebelah kirinya, maka dia tidak melihat mel…
Signed iqie
16 Mar 2026, 22:18 UTC310 views2 reactionsread 10 August 2026 Nafahāt Ramaḍān 26
Adab Bersedekah
1. Sunat membaca “Bismillāh” ketika bersedekah kerana sedekah adalah sebahagian daripada ibadat.
2. Sunat bersedekah selepas melakukan maksiat, sebagai bentuk penghapus dosa.
3. Makruh sengaja bersedekah dengan harta yang tidak molek sedangkan ada harta yang baik dan molek sebagaimana firman Allah Ta‘ālā:
وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ
Terjemahan:
Dan janga…
❤1👍1
Signed iqie
16 Mar 2026, 13:07 UTC295 viewsread 10 August 2026 Pandangan paling kuat Lailatulqadr adalah malam ni, malam 27
Simple yet optimal acts to achieve the highest efficiency for our deen, insha'Allah
Signed iqie
16 Mar 2026, 12:48 UTC304 viewsread 10 August 2026 Tahukah anda di manakah Laylatul Qadr disebut dalam al-Quran? Malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini bukan sekadar disebut sekali, bahkan dijelaskan keistimewaannya oleh Allah dalam beberapa ayat yang sangat agung.
Jom dengarkan penjelasan ringkas dari AS Thaqif tentang di mana Laylatul Qadr disebut dalam al-Quran serta makna besar yang terkandung di sebalik malam penuh keberkatan ini.
https://www.instagra…
Signed iqie
8 Mar 2026, 15:36 UTC536 views7 reactionsread 10 August 2026 Photo
Assalamualaikum, Dukacita dimaklumkam bahawa Guru kita Prof. Diraja Terpuji Syed Muhammad Naquib al-Attas telah mangkat petang tadi 18 Ramadan 1447 pada pukul 6.47 , semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala mengampuni segala dosanya dan menempatkannya di Syurga Firdaus bersama para Nabi dan Salihin. Allahyarham akan disolatkan esok pagi di masjid al-Taqwa dan dikebumikan di perkuburan Muslim Kiara.
***
Translation
Assalam…
😢5❤2
Signed iqie
2 Feb 2026, 10:15 UTC183 viewsread 10 August 2026 Kelebihan Malam Nisfu Sya'ban
Malam Pengampunan
Telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dari hadith Ibnu Lahi'ah dengan sanadnya daripada Abdullah ibn Umar, bahawa Rasulullah ﷺ berkata:
“Pada malam Nisfu Sya'ban, Allah Yang Maha Tinggi menilik makhlukNya, maka Allah mengampunkan hambaNya melainkan dua golongan: iaitu orang yang membunuh orang lain.”
Perkataan مشاحن (musyahin) mempunyai tiga pendapat:…
Signed iqie
2 Feb 2026, 10:15 UTC172 viewsread 10 August 2026 Malam Mustajab Doa
Daripada Abu Darda', bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Pada malam Nisfu Sya'ban, rahmat Allah turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan hamba - hambaNya.
Maka Allah mengampunkan orang² yang meminta keampunan dan menerima taubat orang² yang bertaubat kepadaNya. Dia juga menerima permohonan orang² yang meminta dan mencukupkan bagi orang yang bertawakkal. Dia juga meninggalkan orang² yang berden…
Signed iqie
2 Feb 2026, 10:15 UTC152 viewsread 10 August 2026 Malam Pembebasan Dari Api Neraka
Diriwayatkan oleh al Hafiz Abu Nu'aim dengan sanadnya daripada Anas ibn Malik, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Terdapat empat malam, yang malamnya sama seperti siangnya dan siangnya sama malamnya. Pada malam tersebut, Allah memperelokkan pembahagianNya, Allah membebaskan makhlukNya dari api neraka dan memberikan balasan anugerah pada malam tersebut, iaitu: Lailatul Qadar dan siangnya…
Signed iqie
2 Feb 2026, 10:15 UTC135 viewsread 10 August 2026 Menghidupkan Malam Nisfu Sya'ban
Diriwayatkan oleh al Ashbahani di dalam al Tagrib daripada Mu'az ibn Jabal berkata: Sabda Rasulullah ﷺ:
“Sesiapa yang menghidupkan lima malam, maka wajiblah baginya Syurga; di antaranya malam Tarwiyyah (malam 8 Zulhijjah) dan malam Nisfu Sya'ban.”
Diriwayatkan daripada hadith Umar ibn Uthman ibn Kathir ibn Ziyad dengan sanadnya, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang menghidu…
Signed iqie
2 Feb 2026, 10:15 UTC181 viewsread 10 August 2026 Pendapat Salaf Tentang Malam Nisfu Sya'ban¹
¹ Dinaqalkan dari kitab Lailah al Nisf min Sya'ban fi Mizan al Insaf al Ilmi karangan Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim. (H: 20 - 24)
Telah berkata Ibnu Rajab di dalam kitab Lataif al Ma'arif H:18 : Para Tabi'in di kalangan penduduk Syam seperti Khalid ibn Ma'dan, Makhul, Luqman ibn 'Amir dan lain² kesemuanya membesarkan malam Nisfu Sya'ban dan bersungguh - sungguh beribadah p…
Signed iqie
2 Feb 2026, 10:15 UTC246 viewsread 10 August 2026 Antara kepentingan dan peristiwa lain sempena Malam Nisfu Sya'ban:
1- Imam Syafi'i telah berkata di dalam al Umm:
“Telah sampai kepada kami, bahawa doa yang dimustajabkan (diterima oleh Allah) ialah doa pada lima malam: Malam Jumaat, malam hari Raya Adha, malam hari Raya Fitri, awal malam bulan Rejab dan malam Nisfu Sya'ban”.
2 - Didatangkan daripada al Subki di dalam Tafsirnya: Bahawa sesiapa yang menghidupkan ma…
Signed iqie
Showing the 12 most recent of 19 posts we hold for @LiqoAsyairah. View and reaction counts are the latest single reading for each post, not a live figure, and a recent post is still accumulating both. A view count marked ≈ was rounded by Telegram before we ever saw it — t.me prints views in full below 1,000 and to three significant figures above, so ≈1,200,000 means somewhere between 1,150,000 and 1,249,999. Unmarked counts are exact. Text is reproduced from the public post preview and truncated for length.