7 Jul 2026, 02:17 UTC211 views13 reactionsread 7 August 2026 Photo
“Allah berfirman, “…dan bapa mereka berdua merupakan orang yang soleh…” [Surah al-Kahf: 82]
Kesolehanmu, solatmu, zikirmu, rezekimu yang halal, baktimu kepada ibu bapa, sedekahmu, amalan sunatmu, perbuatan menjaga pandanganmu, serta memelihara anggota badanmu daripada maksiat, semuanya merupakan batu-batu asas kemajuan dan kecemerlangan buat anak-anakmu.
Setiap kali engkau melihat kegagalan anak-anakmu, atau mereka…
❤12👍1
30 Jun 2026, 15:31 UTC322 views12 reactionsread 7 August 2026 Sh. Dr. ʿAmir Muḥammad Fidāʾ Bahjat حَفِظَهُ اللهُ bersenandung,
وخمسةٌ علاج ضعف الهِمة
قراءةٌ في سِير الأئمة
وذكرُ فضلِ العلم والتعلُّم
وصحبة الطلاب أهل الهمم
ونقلة الملول مِن صنفٍ إلى
آخر في ما نفعه قد حصلا
لكي تعود نفسه مشتاقه
وعدمُ التحميل فوق الطاقة
Lima penawar lemah semangat,
Membaca sejarah tokoh yang hebat
Mengingat kemuliaan ilmu dipelajari,
Berteman insan tinggi tekad diri
Tatkala jemu mulai melanda…
❤12
8 Jun 2026, 14:00 UTC302 views10 reactionsread 7 August 2026 Komentarku:
Al-Qurʾan dan hadis mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada selain keduanya. Padanya ada keberkatan yang tidak terungkap.
Al-Qurʾan khususnya, harus ada bahagian tetap untuk kita membacanya, membaca terjemahannya.
Al-Qurʾan itu, kebanyakan isi kandungannya dapat difahami dengan hanya membaca terjemahan. Kebanyakan isi kandungannya hanya kisah-kisah, cerita berkenaan hari Akhirat dan lain-lain. Orang…
❤8👍2
8 Jun 2026, 13:54 UTC269 views8 reactionsread 7 August 2026 “Ada orang yang banyak membaca buku, namun dia tidak mengecapi keberkatan daripada bacaannya itu. Dia juga tidak merasakan kesan yang besar pada dirinya. Orang yang mendengarnya pula tidak mendapat manfaat yang mendalam daripada bacaannya itu.
Hal ini disebabkan beberapa perkara, antaranya yang paling penting ialah al-Quran dan hadis tidak mendapat bahagian yang selayaknya daripada bacaannya.
Engkau dapati dia meng…
❤6👍2
8 Jun 2026, 13:53 UTC217 viewsread 7 August 2026 Photo
Photo, posted without a caption
4 Jun 2026, 09:34 UTC257 views10 reactionsread 7 August 2026 وكلُّ منْ لم يركبِ الأهْوالا
ولم يفارقْ أهلهُ أحوالا
ولم تقطعْ رجلهُ النِّعالا
يطلبُ علماً أو يصيبُ مالا
فأعطهِ المرودَ والمكحلا
وزدْ له الأقراطَ والحِلالا
ودعهُ أن يجالسَ العيالَ
فذاكَ لا يشابهُ الرِّجالا
Sesiapa yang tak menempuh bahaya,
Tidak juga berenggang daripada keluarga,
Tidak melecet kaki perantaunya,
Demi menuntut ilmu atau mencari harta,
Berilah celak dan alat dandanannya,
Tambahkan gelang dan antingnya…
❤9😁1
18 May 2026, 11:37 UTC423 views8 reactionsread 7 August 2026 Umur kita pendek. Masa kita banyak kita siakan. Justeru, ketika hari-hari mulia yang Allah berikan kepada kita, marilah kita gunakan sebaiknya. Sebaiknya, sehabis mungkin. Hanya 10 hari.
Antara cadangan amalan:
1. Menjaga solat-solat fardu. Menjaga amalan fardu merupakan perbuatan yang paling Allah suka. Solatlah dengan baik, pada waktunya, menjaga haknya dan berusaha untuk khusyuk.
2. Menjaga solat-solat sunah, k…
❤4👍4
18 May 2026, 11:35 UTC355 views2 reactionsread 7 August 2026 Bermula Maghrib malam semalam, kita sudah pun memasuki hari-hari terbaik dunia. Amalan yang dilakukan padanya paling disukai Allah.
Allah berfirman:
وَٱلۡفَجۡرِ﴿ ١ ﴾ وَلَیَالٍ عَشۡرٍ﴿ ٢ ﴾ وَٱلشَّفۡعِ وَٱلۡوَتۡرِ﴿ ٣ ﴾
Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil.
Ibn Kathīr dalam tafsirnya berkata ketika mentafsirkan ayat ini, 10 yan…
❤2
3 Nov 2025, 07:08 UTC682 views26 reactionsread 7 August 2026 Ibn al-Sammāk raḥimahullāh berkata:
“Dunia itu, semuanya sedikit.
Yang masih berbaki padanya itu pun sedikit.
Bahagian yang engkau punya daripada yang berbaki itu juga sedikit.
Yang tersisa daripada bahagianmu yang sedikit itu lagi sedikit.
Kini engkau hidup di alam duka, kelak kau akan menuju negeri pembalasan.
Justeru, tebuslah dirimu [dengan ketaatan kepada Allah], mudah-mudahan engkau selamat.”
Siyar Aʿlām a…
❤20👍3🗿1😨1😭1
1 Nov 2025, 10:02 UTC662 views12 reactionsread 7 August 2026 Ampun Dosa Dengan Mudah
Imam Ibn Baṭṭāl al-Mālikī raḥimahullāh berkata:
“Sesiapa yang banyak dosanya, namun dia mahu Allah hapuskan dosanya tanpa penat lelah, hendaklah dia mengambil peluang untuk tetap berada di tempat solatnya [di masjid] selepas solat, supaya dia dapat meraih banyak doa dan istighfar para malaikat buatnya.¹
Hal ini dikatakan demikian kerana doanya itu lebih diharapkan agar dikabulkan berdasarka…
❤12
المَــــرْوِيّ | Al-Merwiyy pinned «Keagungan Niat Ramadan lalu, saya sempat bertemu dengan Maʿālī al-Shaykh Dr. Saʿd bin Nāṣir al-Shathrī حَفِظَهُ اللهُ. Beliau merupakan salah seorang anggota Hayʾat Kibār al-ʿUlamāʾ [Majlis Ulama Senior] dan juga Penasihat Persidangan Diraja bertaraf menteri.…»
29 Sept 2025, 11:22 UTC713 views7 reactionsread 7 August 2026 Keagungan Niat
Ramadan lalu, saya sempat bertemu dengan Maʿālī al-Shaykh Dr. Saʿd bin Nāṣir al-Shathrī حَفِظَهُ اللهُ. Beliau merupakan salah seorang anggota Hayʾat Kibār al-ʿUlamāʾ [Majlis Ulama Senior] dan juga Penasihat Persidangan Diraja bertaraf menteri.
Dalam kesempatan itu, saya sempat bertanya kepada beliau beberapa soalan. Antara yang saya tanyakan ialah berkenaan mereka yang tidak direzekikan untuk tingga…
❤7
Showing the 12 most recent of 20 posts we hold for @AbuUwaisAlMerwiy. View and reaction counts are the latest single reading for each post, not a live figure, and a recent post is still accumulating both. A view count marked ≈ was rounded by Telegram before we ever saw it — t.me prints views in full below 1,000 and to three significant figures above, so ≈1,200,000 means somewhere between 1,150,000 and 1,249,999. Unmarked counts are exact. Text is reproduced from the public post preview and truncated for length.