7 Aug 2026, 14:48 UTC16 viewsread 7 August 2026 Video
𝗦𝗨𝗡𝗡𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗦𝗔𝗙𝗜𝗥 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛
Musafir merupakan satu perjalanan yang memerlukan persiapan, kewaspadaan dan pergantungan kepada Allah SWT. Rasulullah SAW tidak menyukai seseorang bermusafir bersendirian tanpa keperluan kerana ia lebih terdedah kepada bahaya, kesunyian dan kesukaran apabila berlaku kecemasan.
Rasulullah SAW bersabda:
الرَّاكِبُ شَيْطَانٌ وَالرَّاكِبَانِ شَيْطَانَانِ وَالثَّلَاثَةُ رَكبٌ
"Seora…
Signed فاطمة الزهرة
5 Aug 2026, 09:30 UTC69 viewsread 7 August 2026 Video
𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗡𝗬𝗔𝗪𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔
Membunuh seseorang tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak merupakan dosa besar dan jenayah yang amat berat. Allah SWT menggambarkan betapa besarnya jenayah tersebut sehingga sesiapa yang membunuh seorang manusia tanpa hak, seolah-olah dia telah membunuh seluruh manusia.
Pensyariatan diyat dan qisas pula menjadi bukti bahawa Islam tidak memandang ringan pertumpahan darah…
Signed فاطمة الزهرة
3 Aug 2026, 14:43 UTC95 viewsread 7 August 2026 Video
𝗕𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗗𝗶𝗷𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 🕋
Bukan semua yang berharta sudah sampai ke Baitullah. Dan bukan semua yang serba kekurangan terhalang daripada menjadi tetamu-Nya.
Kerana rezeki untuk sampai ke sana bukan hanya tentang wang yang kita miliki, tetapi juga tentang izin, taufik dan jalan yang Allah SWT bukakan.
Apabila Allah SWT mengizinkan, Dia akan mengatur perjalanan itu dengan cara yang paling indah.
Signed Haifa Najwa 🤍
2 Aug 2026, 07:46 UTC155 viewsread 7 August 2026 Video
𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗧 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡
Tiada seorang pun yang akan masuk ke syurga hanya kerana amalannya semata-mata, bahkan semuanya berlaku dengan rahmat Allah SWT. Namun, rahmat Allah bukan diberikan tanpa sebab. Allah SWT sendiri menjanjikan bahawa rahmat-Nya sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.
Oleh itu, janganlah kita berputus asa daripada beramal dengan alasan "syurga bukan …
Signed فاطمة الزهرة
31 Jul 2026, 00:30 UTC129 viewsread 7 August 2026 Photo
🕋 𝗡𝗜𝗔𝗧 & 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗙 𝗪𝗔𝗗𝗔'
Tawaf Wada' merupakan ibadah terakhir sebelum meninggalkan bumi Makkah sebagai tanda penghormatan kepada Baitullah. Oleh itu, setiap jemaah hendaklah melaksanakannya dengan penuh keikhlasan serta memahami perkara-perkara yang dibenarkan selepas selesai Tawaf Wada'.
Antara yang dibenarkan ialah menunaikan Solat Sunat Tawaf, berdoa, minum air Zamzam, berzikir, membaca al-Quran, be…
Signed فاطمة الزهرة
30 Jul 2026, 14:29 UTC110 viewsread 7 August 2026 Video
𝗔𝗣𝗔𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗧𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧, 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗠𝗣𝗔𝗨𝗜 𝗕𝗔𝗧𝗔𝗦
Mengapakah manusia sanggup melampaui batas, melakukan kezaliman dan maksiat sehingga akhirnya dibinasakan?
Antara puncanya ialah apabila dunia dijadikan sebagai matlamat utama kehidupan. Segala usaha, pemikiran dan cita-cita hanya tertumpu kepada dunia sehingga melupakan Allah SWT dan kehidupan akhirat.
Islam tidak melarang kita bekerja, berniaga atau me…
Signed فاطمة الزهرة
29 Jul 2026, 06:03 UTC123 viewsread 7 August 2026 Photo
🕋 𝗧𝗮𝘄𝗮𝗳 𝗪𝗮𝗱𝗮' 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗽𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗠𝗮𝗸𝗸𝗮𝗵.
Pastikan segala urusan seperti membeli-belah, mengemas bagasi dan persiapan pulang diselesaikan sebelum melaksanakan Tawaf Wada'. Selepas itu, hanya urusan yang berkaitan dengan permusafiran dibenarkan agar konsep Akhir Ahdi Bil Bait terus terpelihara.
#UmarAziz #UA #VitalBook #VitalBookAcademyCentre #PerkongsianIlmuUA #LabbaikTravel #UmrahL
Signed فاطمة الزهرة
28 Jul 2026, 09:26 UTC143 viewsread 7 August 2026 Video
𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗨 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗜𝗡𝗦𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗔𝗬𝗔 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔𝗠𝗨
Di saat seluruh dunia meragui dirimu, ada seorang wanita yang tetap memilih untuk mempercayaimu.
𝗗𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝘂 🌹
Bukankah Sayyidatina Khadijah R.A. juga begitu? Tatkala wahyu pertama turun, ketika Rasulullah SAW pulang dalam ketakutan, Sayyidatina Khadijah R.A. tidak pernah meragui Baginda. Bahkan beliaulah insan pertama yang membenarkan dakwah Rasulullah SAW da…
Signed Haifa Najwa 🤍
27 Jul 2026, 08:51 UTC125 viewsread 7 August 2026 Video
𝗦𝗔𝗕𝗔𝗥: 𝗞𝗨𝗡𝗖𝗜 𝗜𝗞𝗛𝗟𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗣 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛
Sabar bukan hanya diperlukan ketika menghadapi musibah, bahkan ia sangat diperlukan dalam melakukan ketaatan kepada Allah. Sabar di awal ibadah membantu seseorang meluruskan niat agar benar-benar ikhlas kerana Allah. Sabar di pertengahan ibadah membantu melawan rasa malas, jemu dan gangguan syaitan. Manakala sabar selepas ibadah menjaga hati daripada penyakit riya', ujub dan s…
Signed فاطمة الزهرة
27 Jul 2026, 04:02 UTC134 viewsread 7 August 2026 Photo
𝗧𝗔𝗪𝗔𝗙 𝗪𝗔𝗗𝗔' – (𝗧𝗔𝗪𝗔𝗙 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟)
Tawaf Wada' merupakan tawaf terakhir sebelum meninggalkan Makkah dan hukumnya wajib bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.
Namun, Islam adalah agama yang penuh rahmat. Syariat turut memberikan 𝗸𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻𝗮𝗻 (𝗿𝘂𝗸𝗵𝘀𝗮𝗵) kepada golongan yang mempunyai uzur syarie, maka mereka dikecualikan daripada melaksanakan Tawaf Wada' dan tidak dikenakan dam.
S…
Signed فاطمة الزهرة
25 Jul 2026, 12:21 UTC131 viewsread 7 August 2026 Video
𝗠𝗘𝗠𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧: 𝗜𝗞𝗛𝗧𝗜𝗟𝗔𝗦 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗨𝗥𝗜 𝗞𝗛𝗨𝗦𝗬𝗨𝗞
Memalingkan pandangan atau wajah ketika solat tidak membatalkan solat, namun ia tidak digalakkan kerana mengurangkan kekhusyukan. Rasulullah ﷺ menyifatkannya sebagai "ikhtilas", iaitu curian syaitan terhadap solat seseorang. Ketika solat, seorang hamba sedang bermunajat kepada Allah SWT, maka hendaklah dia menjaga hati dan pandangannya agar tidak lalai…
Signed فاطمة الزهرة
24 Jul 2026, 13:07 UTC139 viewsread 7 August 2026 Photo
𝗡𝗜𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧
Niat bersyarat ialah rukhsah yang dibenarkan syarak bagi mereka yang bimbang akan berdepan halangan seperti haid, sakit atau keuzuran lain ketika menunaikan umrah.
📌 Niat ini hendaklah dilakukan ketika berniat ihram, bukan selepas berlakunya halangan.
#UmarAziz #UA #VitalBook #VitalBookAcademyCentre #PerkongsianIlmuUA #PesanHadithUA #NiatBersyarat
Signed فاطمة الزهرة
Showing the 12 most recent of 12 posts we hold for @UmarAzizOfficial. View and reaction counts are the latest single reading for each post, not a live figure, and a recent post is still accumulating both. A view count marked ≈ was rounded by Telegram before we ever saw it — t.me prints views in full below 1,000 and to three significant figures above, so ≈1,200,000 means somewhere between 1,150,000 and 1,249,999. Unmarked counts are exact. Text is reproduced from the public post preview and truncated for length.